Ahad, 3 April 2011

BLOGGER PAKATAN BENTUK REVOLUSI 2013 Ismail Hashim KUALA LUMPUR, 3 April: Hasil pemukiman blogger yang menyokong Pakatan Rakyat (PR) hari ini, berjaya membentuk satu gerakan Revolusi 2013 yang menjurus ke arah membangkitkan kesedaran minda dalam kalangan rakyat menjelang PRU 13 nanti. Presiden gerakan penulis maya, Tarmizi Mohd Jam berkata, dengan wujudnya platform ini bakal membolehkan semua blogger PR bertindak dengan lebih pantas, bersepadu dan berkesan. Katanya, gerakan Revolusi 2013 ini diharapkan menjadi landasan berkesan dalam usaha PR meyakinkan rakyat untuk mereka kembali melihat keperluan terdesak memberikan sokongan kepada PR dan menolak BN. Revolusi 2013 yang menggunakan tagline Bebaskan Malaysia, Selamatkan Rakyat akan menjalankan peranan mereka menerusi media maya yang dibenarkan oleh undang-undang negara dengan melihat usaha ini perlu dan amat perlu disegerakan. "Semua pihak yang menyokong Pakatan Rakyat akan meneruskan usaha konvensional selama ini dengan ceramah dan media cetak untuk mereka yang tiada capaian internet, gerakan ini pula melangkaui sempadan dan warna kulit. "Kita sedar ramai di kalangan mereka yang tidak mempunyai capaian internet bagi mengikuti perkembangan semasa dengan lebih cepat, namun ada usaha yang perlu dilakukan lebih sedikit oleh pemimpin parti peringkat tempatan. "Mereka boleh melayari internet dan mengikuti perkembangan politik semasa dan di masa sama mereka boleh mencetak atau menayangkan semula kepada anggota masyarakat dan rakyat menerusi kemudahan teknologi tertentu yang mereka miliki," tegasnya. Program dua hari ini diadakan di Ampang dengan perasmian dan penutupnya oleh Exco Penerangan Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohammed Fadzli Datuk Hassan. Dua pembentangan kertas kerja bertindak telah dilakukan oleh Pengasas Zentrum Future Studies yang juga pensyarah kanan Jabatan Media dan Komunikasi UM, Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dan AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Jumaat, 1 April 2011

MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN LOH, KARAI KALI KE-14 (SESI 2011/2013)

PAS Cawangan Kampung Loh, Karai telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-14 (sesi 2011/2013) pada 05 Mach, 2011 yang baru lalu. Mesyuarat dirasmikan olih AF Ustaz Zulkifli bin Ahmad selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Siput. Mesyuarat kali ini telah berlangsung dalam suasana yang agak panas dimana bolih dikatakan hampir separuh dari Jawatan-Jawatan yang diperuntukan dalam Perlembagaan terdiri dari muka-muka baru. Pucuk pimpinan cawangan juga telah berubah dimana Tuan Haji Mohamad Hashim bin Salim telah dipilih sebagai Ketua Cawangan yang baru menggantikan Tuan Haji Mohd Azally bin Klb. Abdullah yang telah menarik diri dari dicalunkan semula. Saudara Mohd Mustafa bin Othman telah terpilih sebagai Naib Ketua Cawangan, Saudara Saiful Nizam bin Mohd Mustafa telah terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda dan Puan Hasimah binti Harun telah terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat yang baru. Kesemua mereka adalah terdiri dari muka-muka baru. Mesyuarat Jawatankuasa pertama telah diadakan pada 26 Mach, 2011 yang baru lalu dimana lantikan bagi jawatan-jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan empat orang Jawatankuasa adalah terdiri dari muka-muka baru. Saudara Mohtar bin Din telah dilantik sebagai Setiausaha Cawangan yang baru dan Saudara Ahmad Sukri bin Kamal Jamil telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha yang baru.Berikut adalah senarai pemegang jawatan PAS Cawangan Loh, Karai bagi sesi 2011/2013;

  • Haji Mohamad Hashim bin Salim - Ketua Cawangan

  • Mohd Mustafa bin Othman - Naib Ketua

  • Mohtar bin Din - Setiausaha

  • Ahmad Sukri bin Kamal Jamil -Penolong Setiausaha

  • Mokhtar bin Pandak Sin - Bendahari

  • Tuah bin Spian - Ketua Penerangan

  • Saiful Nizam bin Mohd Mustafa - Ketua Jawatankuasa Pemuda

  • Hasimah binti Harun - Ketua Jawatankuasa Muslimat

  • Mat Termidi bin Osman - Jawatankuasa

  • Mohd Adris bin Abd Razak - Jawatankuasa

  • Shahminan bin Hj. Sulaiman -Jawatankuasa

  • Zulkifli bin Klb. Mohamad -Jawatankuasa

  • Haji Zambri bin Ngah Ibrahim -Jawatankuasa

  • Tajul Hasnan bin Mat Jadid -Jawatankuasa

  • Zulkaple bin Malodin -Jawatankuasa

  • Haji Mohd Azally bin Klb. Abdullah -Jawatankuasa

  • Haji Megat Yunus bin Megat Dahalan -Jawatankuasa

  • Hajah Puteri Rahimi bt. Megat Dahalan -Jawatankuasa

  • Latifah binti Din -Jawatankuasa