Jumaat, 1 April 2011

MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN LOH, KARAI KALI KE-14 (SESI 2011/2013)

PAS Cawangan Kampung Loh, Karai telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-14 (sesi 2011/2013) pada 05 Mach, 2011 yang baru lalu. Mesyuarat dirasmikan olih AF Ustaz Zulkifli bin Ahmad selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Siput. Mesyuarat kali ini telah berlangsung dalam suasana yang agak panas dimana bolih dikatakan hampir separuh dari Jawatan-Jawatan yang diperuntukan dalam Perlembagaan terdiri dari muka-muka baru. Pucuk pimpinan cawangan juga telah berubah dimana Tuan Haji Mohamad Hashim bin Salim telah dipilih sebagai Ketua Cawangan yang baru menggantikan Tuan Haji Mohd Azally bin Klb. Abdullah yang telah menarik diri dari dicalunkan semula. Saudara Mohd Mustafa bin Othman telah terpilih sebagai Naib Ketua Cawangan, Saudara Saiful Nizam bin Mohd Mustafa telah terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Pemuda dan Puan Hasimah binti Harun telah terpilih sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat yang baru. Kesemua mereka adalah terdiri dari muka-muka baru. Mesyuarat Jawatankuasa pertama telah diadakan pada 26 Mach, 2011 yang baru lalu dimana lantikan bagi jawatan-jawatan Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan empat orang Jawatankuasa adalah terdiri dari muka-muka baru. Saudara Mohtar bin Din telah dilantik sebagai Setiausaha Cawangan yang baru dan Saudara Ahmad Sukri bin Kamal Jamil telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha yang baru.Berikut adalah senarai pemegang jawatan PAS Cawangan Loh, Karai bagi sesi 2011/2013;

  • Haji Mohamad Hashim bin Salim - Ketua Cawangan

  • Mohd Mustafa bin Othman - Naib Ketua

  • Mohtar bin Din - Setiausaha

  • Ahmad Sukri bin Kamal Jamil -Penolong Setiausaha

  • Mokhtar bin Pandak Sin - Bendahari

  • Tuah bin Spian - Ketua Penerangan

  • Saiful Nizam bin Mohd Mustafa - Ketua Jawatankuasa Pemuda

  • Hasimah binti Harun - Ketua Jawatankuasa Muslimat

  • Mat Termidi bin Osman - Jawatankuasa

  • Mohd Adris bin Abd Razak - Jawatankuasa

  • Shahminan bin Hj. Sulaiman -Jawatankuasa

  • Zulkifli bin Klb. Mohamad -Jawatankuasa

  • Haji Zambri bin Ngah Ibrahim -Jawatankuasa

  • Tajul Hasnan bin Mat Jadid -Jawatankuasa

  • Zulkaple bin Malodin -Jawatankuasa

  • Haji Mohd Azally bin Klb. Abdullah -Jawatankuasa

  • Haji Megat Yunus bin Megat Dahalan -Jawatankuasa

  • Hajah Puteri Rahimi bt. Megat Dahalan -Jawatankuasa

  • Latifah binti Din -Jawatankuasa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan